The Government of Brunei Darussalam


BIT Council

Versi Bahasa Inggeris

Strategi Utama

Terdapat enam strategi utama telah dikenalpasti dan beberapa objektif dan penilaian juga telah dibuat bagi setiap strategi.  Strategi berkenaan ialah:

  1. Mengubah peranan daripada memberikan perkhidmatan awam, bangunan dan operasi infrastruktur kepada penyedia dasar, rangka kerja regulatori dan kemudahan perniagaan (Pengkoporatan dan Penswastaan);

  2. Penyediaan, penggalak, promosi dan pemantauan yang lebih banyak kepada penyertaan sektor swasta dalam usaha untuk mewujudkan industri perhubungan yang sara diri (Perkongsian Swasta-Awam) (PPP);

  3. Menggalakkan perkembangan infrastruktur dan menambahkan penggunaan aset (infrastruktur);

  4. Menggalakkan dan menukar proses operasi organisasi dan sistem kearah penggunaan amalan industri terbaik (Peningkatan Operasi);

  5. Melahirkan para pekerja yang mahir, inovatif dan kreatif didalam industri (Perkembangan Sumber Tenaga Manusia); and

  6. Menggalakkan keselamatan, sekuriti dan mempromosi industri yang mesra alam (Keselamatan dan Sekuriti).

Strategi Utama pertama ialah untuk mengubah peranan daripada memberikan perkhidmatan awam, bangunan dan operasi infrastruktur kepada penyedia dasar.  Ini akan memerlukan pengukuhan peranan pembuat dasar, yang perlu membuat dasar yang khusus seperti melalui pengkorporatan dan penswastaan, menubuhkan rangka kerja regulatori dan kemudahan perniagaan.  Pengukuran (sukat-sukat) termasuk jumlah agensi yang dapat dikorporatkan dan diswastakan, jumlah undang-undang dan peraturan yang dapat dikuatkuasakan supaya memudahkan pengkorporatan dan penswastaan.

    Strategi Utama kedua adalah untuk penyediaan, penggalakan dan promosi dan pemantauan bagi penyertaan sektor swasta tempatan untuk mewujudkan industri perhubungan yang sara diri.  Kementerian Perhubungan akan menyediakan kemudahan dan sumber-sumbernya yang akan:

  • Menggalakkan perkembangan perniagaan tempatan;
  • Menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif; dan
  • Menggalakkan perkongsian swasta awam (PPP).

    Pengukuran termasuk adanya pertambahan dalam bidang-bidang berikut:

  • Bakat-bakat tempatan yang digalakkan dalam industri berasaskan perhubungan;
  • Tahap keupayaan pengusaha-pengusaha tempatan;
  • Penyediaan pelbagai jenis dan jumlah insentif kewangan untuk ikut serta dalam industri perhubungan; dan
  • Jumlah sokongan mekanisma perniagaan yang ditubuhkan seperti inkubasi perniagaan inovasi dan pusat penyelidikan dan perkembangan.
  • Strategi Utama ketiga ialah untuk menyebarluaskan perkembangan infrastruktur dan menambahkan penggunaan aset.  Peningkatan penggunaan bagi kemudahan-kemudahan dan infrastruktur yang sedia ada patut ditumpukan kepada penambahan rangkaian (termasuk kawasan luar bandar), penggunaan internet dan kemudahan pengangkutan awam.

    Strategi Utama keempat adalah untuk mempertingkatkan dan mengubah proses-proses operasi organisasi dan sistem kearah amalan terbaik industri.  Pengukuran yang dikenalpasti termasuk pengurangan karenah birokrasi, mengurangkan proses dan prosedur, pensijilan ISO, penggunaan teknologi maklumat (ICT) dan penggunaan e-Perkhidmatan yang lebih luas dan mempertingkatkan kerjasama antara dan diantara komiti kementerian.

    Dalam strategi ini, usaha bagi mencapai amalan terbaik industri perlulah dijadikan sebahagian dorongan bagi menjamin kualiti Kementerian Perhubungan.

    Strategi Utama kelima ialah menekankan perlunya menuju kearah melahirkan tenaga kerja yang mahir, inovatif dan kreatif.  Ini akan dapat dicapai dengan memperkenalkan program perkembangan sumber tenaga manusia yang relevan, penyediaan hadiah galakan inovasi seperti anugerah BICTA, dan panduan lebih terarah untuk memperkenalkan program kesedaran kepada orang ramai.

    Strategi Utama keenam menumpukan perhatian kepada peningkatan keselamatan, sekuriti dan untuk mempromosikan persekitaran industri yang mesra alam.  Pengukurannya termasuklah memenuhi piawaian sekuriti antarabangsa, keselamatan dan persekitaran seperti Pertubuhan Penerbangan Antarabangsa  (ICAO) dan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO).



||
Sejarah, Visi & Misi | Tanggungjawab & Fungsi | Carta Organisasi | Jabatan-Jabatan | Mesyuarat Luar Negeri
|
Perkembangan Sumber Tenaga Manusia | Teks Ucapan | Siaran Akhbar | Maklum Balas | Kontak ||
|| BIT Council | AiTi | BICTA ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||