The Government of Brunei Darussalam


BIT Council

Versi Bahasa Inggeris

Halatuju Dasar Pengangkutan

    Dalam usaha untuk memudahkan jabatan-jabatan dibawah Kementerian Perhubungan untuk melaksanakan pelan strategik, halatuju dasar berikut adalah dicadangkan untuk digunapakai sebagai rangkakerja keseluruhan dan garis panduan kepada pembuat dasar yang relevan:

    Hub Pengangkutan dan Logistik

    Objektif halatuju dasar sebagai hub pengangkutan dan logistik ialah untuk mempromosi aktiviti-aktiviti kepada bidang berikut:

    · Import dan eksport melalui Negara Brunei Darussalam; dan

    · Melancong ke dan melalui Negara Brunei Darussalam.

    Keadaan sistem pengangkutan pada masa ini akan diteliti semula untuk membuat penambah baikan kepada produk dan kualiti supaya sistem pengangkutan awam akan menjadi lebih cekap, mudah, mengikut jadual, selamat, memenuhi kehendak dan berdaya tahan.

    Dalam usaha untuk mencapai perkara ini, segala kelemahan dan kekurangan yang ada, sepatutnya dikaji semula dan dijadikan satu peluang dan kesempatan. Bidang Pengangkutan termasuklah perkara-perkara berikut:

    Perkhidmatan Pengangkutan Udara

    · Untuk menggalakkan lebih banyak syarikat-syarikat penerbangan untuk beroperasi di Negara Brunei Darussalam;

    · Untuk menyediakan insentif bagi menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan untuk datang ke Negara Brunei Darussalam umpamanya pengurangan bayaran pendaratan, pengurangan kadar sewa pejabat, letak kereta dan sebagainya untuk satu-satu tempoh;

    · Meningkatkan perkhidmatan pengisian minyak;

    · Mendokong perkembangan kejuruteraan pesawat di lapangan terbang;

    · Meningkatkan dan menambah terminal yang sedia ada dan membina lapangan terbang baru bagi memenuhi pertambahan kemasukan penumpang;

    · Untuk mewujudkan lapangan terbang yang menarik dan menyeronokkan melalui peningkatan kemudahan dan perkhidmatan di terminal lapangan terbang dengan penambahan kedai runcit, membina hotel lapangan terbang dan perkhidmatan terminal lain;

    · Menyediakan kemudahan komersil yang digabungkan dengan kedai runcit, restoran dan kedai makan, hotel, pusat perniagaan, rekreasi dan pusat persidangan;

    · Menyediakan penambahan untuk aktiviti kargo bagi memenuhi keperluan yang berkaitan dengan perkhidmatan kargo dan logistik seperti terminal pengangkutan, apron pengangkutan, bangunan pemunggahan pengangkutan, pusat logistik dan bangunan pemeriksaan kastam;

    · Memantau pencapaian Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa (BIACC) dan pelan perkembangannya supaya apa jua perkembangan pusat ini selaras dengan aspirasi Kementerian Perhubungan;

    · Menyokong hasrat syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RBA) dan syarikat-syarikat penerbangan lain untuk menjalankan operasi kargo melalui penerbangan sewa (chartered flight);

    · Menubuhkan Zon Perdagangan Bebas (FTZ) di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei;

    · Mewujudkan pusat pengedaran, punggahedar dan logistik serantau;

    · Mendokong perkhidmatan penerbangan kargo untuk beroperasi di Negara Brunei Darussalam; dan

    · Membangunkan pusat kargo udara secara berfasa untuk memenuhi perkembangan kargo udara dalam tempoh 12 tahun.

    Pengangkutan Darat dan Laut

    · Melabur dalam kemudahan pengangkutan awam yang berkualiti dan mencukupi untuk jaringan yang lebih baik, dalam waktu yang sama membuka jaringan multi-modal yang selamat dalam negara dan dengan negara yang bersempadan (Sabah, Sarawak, Kalimantan, Indonesia);

    · Mempertingkatkan pergerakan lintas batas bagi barangan dan manusia;

    · Mewujudkan sistem pengangkutan darat yang selamat;

    · Mewujudkan lebih banyak perkhidmatan pengangkutan awam kerana pada masa ini keadaan perkhidmatan ini kurang memuaskan supaya dapat meliputi semua kawasan utama pembangunan di Negara Brunei Darussalam termasuk menggalakkan perkhidmatan pengedaran (feeder services);

    · Memperkenalkan perkhidmatan teksi secara francais;

    · Mengenalpasti isu kesihatan, keselamatan dan persekitaran yang berhubungkait dengan isu-isu pencemaran dan bahan buangan (sampah) daripada pengangkutan darat seperti bengkel-bengkel kenderaan dan sebagainya diseluruh negara. Jabatan Pengangkutan Darat dan Jabatan Taman dan Rekreasi perlu menyediakan formula bagi memantau dan menyediakan mekanisma bagi mengutip data dalam bidang kesihatan, keselamatan dan persekitaran yang berkaitan dengan industri pengangkutan darat;

    · Menggalakkan perindustrian kenderaan ringan dan sederhana seperti industri pasang siap kenderaan dengan pengeluaran kenderaan untuk menggalakkan pemindahan teknologi, menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan pembinaan modal insan;

    · Meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan minyak dalam industri pengangkutan;

    · Menjadikan punggahedar dan logistik sebagai aktiviti utama;

    · Menyediakan perkhidmatan pengisian minyak (bunkering);

    · Menyediakan perkhidmatan kemudahan chandeling;

    · Menyediakan kemudahan dan skim latihan untuk krew kapal tempatan;

    · Mewartakan Pelabuhan Muara sebagai Zon Perdagangan Bebas (FTZ);

    · Mendokong pembangunan Pulau Muara Besar;

    · Menumpukan perhatian kepada keselamatan, sekuriti kapal dan perlindungan persekitaran marin dengan mempromosi dan memantau keselamatan marin, sekuriti dan perlindungan persekitaran marin melalui Pusat Kordinasi Maritim (MCC);

    · Berterusan meneliti semula undang-undang dan peraturan supaya selaras dengan keperluan Organisasi Maritim Antarabangsa (IMO);

    · Mewujudkan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) dengan pegawai dan kakitangan berkebolehan;

    · Menggalakkan penggunaan dokumen elektronik e-Kerajaan dalam pengumpulan data, maklumat dan statistik;

    · Merekrut dan melatih lebih ramai pegawai dan kakitangan (personnel) untuk mencapai kelayakan dan kebolehan bagi perancangan penggantian; dan

    · Mendokong perkembangan industri maritim.

    Perkhidmatan pengangkutan yang berkaitan dengan pelancongan

    · Memperbaiki perkhidmatan pengangkutan dan bekerjasama dalam penyediaan kemudahan di Kampong Ayer dan tempat tarikan pelancongan marin;

    · Memasukkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) dan terminal / pintu masuk / hotel-hotel sebahagian daripada sistem pengangkutan awam;

    · Menyediakan latihan sopan santun dan program perkhidmatan berorientasikan pelanggan dan kesedaran untuk pemandu-pemandu teksi, bas dan pemandu perahu;

    · Mempercepatkan masa pemerosesan paspot dan visa semasa ketibaan dan keberangkatan;

    · Mengalih penumpang-penumpang transit menjadi pelancong dalaman; dan

    · Menyediakan Pusat Informasi Pelancong di Dewan Transit.

    Halatuju Dasar Perhubungan

    Perkhidmatan Pos:

    · Pengkorporatan Jabatan Perkhidmatan Pos dan mempercepatkan liberalisasi perkhidmatan pos untuk mewujudkan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan mempromosikan persekitaran untuk persaingan;

    · Menunjukkan dan menggalakkan penambahan dengan menggunakan aplikasi teknologi dalam operasi;

    · Menggalakkan semua courier swasta untuk menyediakan perkhidmatan di kawasan luar bandar.

    Teknologi Info Komunikasi (ICT)

    · Mempromosikan penggunaan digital, perkembangan teknologi, kecanggihan dan persekitaran yang berdayasaing;

    · Menggalakkan perniagaan / pelaburan sektor swasta dan penyertaan disamping memperkembangkan aktiviti-aktiviti e-Perniagaan;

    · Mewujudkan rangkakerja regulatori yang dinamik;

    · Memperkukuhkan kerjasama antara pengusaha utama dalam kedua-dua sektor awam dan swasta dalam perkembangan infrastruktur perhubungan;

    · Mengurangkan jurang digital dalam bentuk infrastruktur fizikal, penerimaan, kemampuan, bahasa, kemahiran teknologi infokomunikasi; kandungan dan memeduli orang-orang yang berkeperluan khas;

    · Memastikan akses yang terbuka dan tanpa diskriminasi kepada rangkaian telekomunikasi awam untuk semua pengedar informasi dan pengguna adalah mengikut undang-undang dan peraturan;

    · Memastikan penyediaan akses secara bersatu kepada semua pengguna telekomunikasi awam;

    · Memastikan penyediaan kemudahan umum kepada perkhidmatan telekomunikasi awam;

    · Mengembangkan dan menggunakan pembekal kandungan tempatan secara berkesan kepada semua golongan masyarakat;

    · Mempromosikan kesedaran awam mengenai perlunya maklumat dikalangan mereka;

    · Mempromosikan kepelbagaian kandungan termasuk kebudayaan dan linguistik;

    · Memastikan perlindungan kepada hak cipta intelektual, privasi dan data; dan

    · Mempromosikan perkembangan dan penyelidikan.



||
Sejarah, Visi & Misi | Tanggungjawab & Fungsi | Carta Organisasi | Jabatan-Jabatan | Mesyuarat Luar Negeri
|
Perkembangan Sumber Tenaga Manusia | Teks Ucapan | Siaran Akhbar | Maklum Balas | Kontak ||
|| BIT Council | AiTi | BICTA ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||