The Government of Brunei Darussalam


BIT Council

Versi Bahasa Inggeris

Inisiatif Utama / Projek

    Jabatan Pengangkutan Darat 

    ·         Penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, teksi dan sebagainya; 

    ·         Penswastaan perkhidmatan utama seperti Pusat Pemeriksaan Kenderaan (VIC) atau sekolah memandu; 

    ·         Mempromosikan lebih banyak produk dan aplikasi teknologi yang dapat mempertingkatkan pengangkutan darat; 

    ·         Mempromosi dan mendokong pengangkutan multi modal; 

    ·         Meningkatkan keselamatan kenderaan dan jalanraya; 

    ·         Menubuhkan unit perkembangan dan penyelidikan untuk meneliti secara keseluruhan keperluan pengangkutan darat; 

    ·         Perlaksanaan projek e-Kerajaan seperti Sistem Pengangkutan Darat (SPD); dan 

    ·         Untuk menyediakan pergerakan lintas batas yang kondusif bagi barangan dan manusia. 

     

    Jabatan Penerbangan Awam

     ·         Penyusunan semula Jabatan Penerbangan Awam; 

    ·         Penambahan / peningkatan infrastruktur dan kemudahan lapangan terbang seperti penambahan bangunan terminal penumpang, bangunan kargo dan dapur moden penerbangan; 

    ·         Melaksanakan dan menjalankan kehendak dan piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO); 

    ·         Melaksanakan peraturan baru yang selaras dengan keperluan pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa seperti peraturan membawa bahan-bahan cecair, aerosol dan gel dan peraturan penggunaan sistem pesanan ringkas (sms); 

    ·         Mempertingkatkan fungsi regulatori termasuk menggunapakai keselamatan dan penyeliaan sekuriti; 

    ·         Meningkatkan tahap perkhidmatan navigasi udara seperti perhubungan, pengemudian, pengawasan / sistem pengurusan pengangkutan udara; 

    ·         Liberalisasi perkhidmatan pengangkutan udara; 

    ·         Memperkenalkan cargo village melalui penubuhan Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang dan Pihak Berkuasa Zon Perdagangan Bebas; 

    ·         Pemasangan sistem pengendalian bagasi yang bersepadu; 

    ·         Penubuhan pusat pemeliharaan pesawat; dan 

    ·         Penswastaan beberapa perkhidmatan seperti: 

    o        Sistem lampu lapangan terbang; 

    o        Kontrak pembersihan bangunan terminal; dan 

    o        Jangka masa kontrak pemeliharaan landasan, taxiway dan apron. 

     

    Jabatan Laut 

    ·         Penyusunan semula Jabatan Laut dan perancangan penggantian (latihan pegawai kadet); 

    ·         Melaksanakan projek e-Kerajaan seperti Sistem Pengurusan Marin (MMS), e-Laut; 

    ·         Perlaksanaan penggunaan kawalan flag state dan port state; 

    ·         Secara berterusan meningkatkan tanggungjawab terhadap tumpahan minyak; dan 

    ·         Secara berterusan meneliti dan memperbaharui undang-undang maritim selaras dengan kehendak Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO). 

     

    Jabatan Pelabuhan 

    ·         Mengembangkan aktiviti-aktiviti punggahedar; 

    ·         Melaksanakan projek e-Kerajaan seperti penggunaan perkhidmatan berkomputer e‑Pelabuhan; 

    ·         Memperkenalkan tarif yang menarik dan insentif istimewa; 

    ·         Mengembangkan pengusaha utama / aktiviti Pusat Pengedaran Serantau (RDC) dan Pusat Logistik Serantau (RLC); dan 

    ·         Menguatkuasakan penyediaan perkhidmatan pelabuhan dengan menyediakan rangkakerja untuk perlesenan pelabuhan. 

     

    Jabatan Perkhidmatan Pos 

    ·         Meningkatkan dan mempromosikan perkhidmatan kiriman wang ekspres antarabangsa; 

    ·         Meningkatkan kualiti pengendalian mel dan penghantaran; 

    ·         Liberalisasi perkhidmatan; 

    ·         Menubuhkan hub mel antarabangsa dan pejabat pertukaran; dan 

    ·         Menubuhkan kemudahan-kemudahan pengedaran logistik. 


    Teknologi Info-Komunikasi (ICT) 

    ·         Mempertingkatkan tulang belakang utama dan rangkaian akses untuk memenuhi permintaan jalurlebar tertinggi, kebolehan tertinggi, perkhidmatan yang lebih pintar dan infrastruktur yang selamat; 

    ·         Memperkenalkan teknologi tanpa wayar bagi meningkatkan penerimaan dan rangkaian last mile; 

    ·         Pengenalan program kecekapan info-komunikasi; 

    ·         Mengurangkan jurang digital; 

    ·         Mengembangkan penyedia / pembekal info-komunikasi tempatan; 

    ·         Mengembangkan e-Perniagaan dan nama-nama domain; 

    ·         Mempromosikan dan memperkembangan Huraian Identifikasi Frequensi Radio; 

    ·         Menyediakan kemudahan bagi penggabungan antara telekomunikasi, penyiaran dan teknologi informasi untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan; 

    ·         Bekerjasama dengan agensi-agensi yang relevan untuk mempromosikan Pelaburan Langsung (FDI); dan 

    ·         Pembangunan dan penyampaian e-Perkhidmatan melalui portal e-MinCom.



||
Sejarah, Visi & Misi | Tanggungjawab & Fungsi | Carta Organisasi | Jabatan-Jabatan | Mesyuarat Luar Negeri
|
Perkembangan Sumber Tenaga Manusia | Teks Ucapan | Siaran Akhbar | Maklum Balas | Kontak ||
|| BIT Council | AiTi | BICTA ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||