![]() |
|
![]() |
|
Pelan Strategik 2008 – 2017 ini telah dibuat dengan mempunyai kaitan yang jelas dengan program kerja / pelan tindakan dan sukatan pencapaian bagi menyukat pencapaian Kementerian Perhubungan dan Jabatan-jabatan dibawahnya untuk memenuhi objektif strategik. Adalah juga mustahak untuk diperjelaskan bahawa kerja-kerja telah dilakukan bagi menterjemahkan objektif strategik ini untuk menjadi bidang tugas dan tanggungjawab pihak atasan menurut keutamaan. Walau bagaimanapun jangkaan kelayakan sumber Kementerian Perhubungan dikenalpasti untuk dapat dipertingkatkan, ini memerlukan rangkakerja undang-undang, kewangan, manusia dan bantuan sumber-sumber lain terutama dalam melaksanakan pelan strategik. Perhubungan yang teratur disamping kerja-kerja publisiti perlu dilaksanakan sebelum dasar dan perancangan dapat dilaksanakan. Kementerian Perhubungan akan meneliti dan menilai kejayaan strategi dan perlaksanaan dasar dan inisiatif dengan: Ø Memastikan data-data yang ada relevan dan terkini;Ø Menilai keputusan berdasarkan set sasaran; danØ Menilai kejayaan dasar dan inisiatif untuk mengenalpasti strategi akan datang.Adalah juga disyorkan supaya jangka masa bagi pelan strategik ini ialah untuk tempoh 10 tahun dengan penilaian semula pada setiap 6 bulan bagi memastikan ianya relevan dan terkini. Mekanisma penterjemahan bagi halaltuju dasar dan inisiatif utama Pelan strategik telah menggariskan beberapa halatuju yang penting bagi dasar dan inisiatif. Halatuju dan inisiatif ini akan dikembangkan menjadi pelan yang menyeluruh meliputi antaranya objektif, keperluan perbelanjaan, agensi-agensi perlaksana dan sasaran. Mekanisma Pemantauan Kementerian Perhubungan telah mengenalpasti mekanisma pemantauan berikut untuk menilai perlaksanaan dan perkembangan yang telah dibuat kearah mencapai visi, misi dan sasaran Kementerian ini. Menubuhkan Komiti Strategik: i Komiti 1 - Komiti perkhidmatan liberalisasi ii Komiti 2 - Komiti inisiatif Perkongsian Awam – Swasta (PPP) iii Komiti 3 - Komiti Proses dan Prosedur iv Komiti 4 - Komiti Balanced Scorecard / Sukatan Penilaian Utama (KPI) v Komiti 5 - Komiti Pemikiran Strategik vi Komiti 6 - Komiti Pensejajaran Strategik / Pensejajaran pelan strategik dan tujuan dengan Kementerian (Jabatan) vii Komiti 7 - Komiti Perkembangan Sumber Tenaga Manusia viii Komiti 8 - Komiti Perkembangan Perhubungan Antarabangsa Perkembangan dan kemajuan semua komiti ini secara rutin akan dilaporkan kepada pentadbiran atasan bagi maksud pemantauan. Status Perlaksanaan Rancangan Kemajuan Negara (RKN) Status perkembangan perlaksanaan projek RKN akan dipantau secara bulanan oleh Bahagian Dasar dan Perancangan Kementerian Perhubungan. Template Pemantauan Perlaksanaan Projek Perlaksanaan template pemantauan akan digunakan bagi memantau projek-projek yang telah disenaraikan dalam peta jalan 20 tahun termasuk juga yang telah disenaraikan dalam pelan strategik 2008 -2017. Bahagian Dasar dan Perancangan Kementerian Perhubungan akan secara berterusan untuk melaksanakan pelan ini melalui penguatkuasaan dasar, promosi dasar dan menilai segala maklumbalas. Senarai berikut merupakan keutamaan inisiatif projek yang berkait rapat dengan objektif strategik dan telah direka untuk memberikan panduan kepada agensi-agensi perlaksana di Kementerian Perhubungan. Inisiatif ini adalah diperolehi daripada template pemantauan perlaksanaan projek dan beberapa siri perbincangan yang telah dibuat semasa menyediakan pelan strategik. Projek dalam inisiatif utama daripada jabatan dan agensi lain akan dipantau secara teliti kerana ianya menjadi faktor kritikal kearah kejayaan pelan strategik. |
|
|
|
|
|
|
|