The Government of Brunei Darussalam


BIT Council

Versi Bahasa Inggeris

Prinsip Strategik

Sejak Rancangan Kemajuan Negara ke 2 bermula, Negara Brunei Darussalam telah berusaha ke arah mempelbagaikan ekonomi daripada terus bergantung kepada industri minyak dan gas.  Kementerian Perhubungan mempunyai peranan untuk memastikan bahawa perkhidmatan yang berkualiti dapat disediakan, yang akan membolehkan Negara Brunei Darussalm untuk ikut serta dalam persaingan didalam ekonomi global.  Untuk memperkuatkan lagi kenyataan visi dan misi, Kementerian Perhubungan telah mengenal pasti lima prinsip strategik, yang merupakan asas kepada falsafah yang akan menyumbang kepada menjadi sebahagian daripada keseluruhan Kementerian.

 Prinsip Strategik

·         Memastikan perkembangannya selaras dengan objektif-objektif Rancangan Kemajuan Negara (RKN);

·         Memastikan kecemerlangan dalam Perhubungan kearah hub perhubungan dan pengangkutan;

·         Menumpukan usaha bagi penyediaan modal insan sebagai penggerak infrastruktur;

·         Menambah sumbangan KDNK daripada industri Perhubungan; dan

·         Mewujudkan masyarakat canggih bagi pembangunan berdaya tahan.

Prinsip pertama, perlunya strategi Kementerian Perhubungan secara strategik sejajar dengan objektif-objektif Rancangan Kemajuan Negara.  Ini memerlukan kerjasama padu antara Kementerian Perhubungan dengan agensi-agensi Kerajaan yang lain termasuk stakeholders untuk memastikan semua dasar ada kesepaduan daripada pengangkutan, perhubungan dan teknologi informasi yang akan dimana perlu, mengembangkan strategi untuk menambah nilai kepada nilai kebangsaan seluruhnya melalui rangkaian aktiviti.  Secara fundamental, ini memerlukan pensejajaran dasar dengan Kementerian lain dan juga stakeholders.  Kerjasama yang berkesan dalam pengangkutan memerlukan interaksi dan jaringan antara pihak Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan yang mesti disokong dengan penuh komitmen oleh agensi yang relevan.

Prinsip kedua, memastikan kecemerlangan dalam perhubungan kearah hub perhubungan dan pengangkutan, bagi memenuhi kehendak mekanisma, tanda aras dan piawaian keselamatan dan sekuriti serantau dan antarabangsa seperti dalam IMO, ICAO, ITU, UPU, WTO dan ILO.  Kecemerlangan memerlukan integrasi dasar pengangkutan dan perhubungan, perancangan dan penilaian timbal balik.  Ia memerlukan harmonisasi antara peraturan dan tatacara dengan memberi tumpuan kepada liberalisasi dasar perkhidmatan pengangkutan.

Prinsip ketiga, menekankan supaya Kementerian Perhubungan menumpukan usaha bagi penyediaan modal insan sebagai penggerak infrastruktur.  Ini merupakan keperluan dalam mewujudkan masyarakat canggih kerana perkembangan sumber tenaga manusia mestilah terlatih dan berkembang untuk membolehkan mereka menikmati ekonomi berasaskan pengetahuan (knowledge based economy).

Prinsip keempat ialah berasaskan kepada perlunya industri perhubungan untuk meningkatkan sumbangan kepada KDNK kerana pada masa ini sumbangan sektor ini adalah masih kecil.

Prinsip kelima menuju kearah mewujudkan masyarakat canggih bagi pembangunan berdaya tahan.  Teknologi infokomunikasi dan juga pengetahuan menjadi penggerak utama kepada penghasilan dan perkembangan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, pelaburan bagi perkakasan (hardware) dan perisian (software) teknologi maklumat adalah juga sangat penting.  Kementerian Perhubungan menilai pentingnya perkembangan masyarakat berasaskan pengetahuan yang berterusan bagi memastikan daya tahan generasi akan datang melalui penggunaan secara menyeluruh infrastruktur moden.



||
Sejarah, Visi & Misi | Tanggungjawab & Fungsi | Carta Organisasi | Jabatan-Jabatan | Mesyuarat Luar Negeri
|
Perkembangan Sumber Tenaga Manusia | Teks Ucapan | Siaran Akhbar | Maklum Balas | Kontak ||
|| BIT Council | AiTi | BICTA ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||