MASYARAKAT BERMAKLUMAT
Masyarakat Bermaklumat merangkumi setiap ahli masyarakat tanpa
mengira jantina, umur, bangsa, ugama, tahap pendidikan, tahap
kemampuan ekonomi dan mahupun jua tempat bermastautin samada kawasan
bandar ataupun luar bandar. Masyarakat bermaklumat ini adalah
bersandarkan kepada keperluan manusia (people-centered),
melibatkan semua orang (inclusive) dan berorientasikan
pembangunan dimana sesiapa boleh menyedia, mendapatkan, menggunakan
dan berkongsi maklumat dan penetahuan, serta seterusnya membolehkan
setiap individu dan masyarakat untuk mencapai potensi masing-masing
dalam mempromosi pembangunan yang berpanjangan dan memperbaiki mutu
kehidupan.
Menyedari betapa pentingnya untuk menjana satu Mayarakat
Bermaklumat di negara ini, satu Persidangan Kebangsaan mengenai
Masyarakat Bermaklumat akan diadakan pada 07 - 08 September 2005 di
Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam.
PERSIDANGAN KEBANGSAAN MENGENAI MASYARAKAT
BERMAKLUMAT
Persidangan ini akan menghimpunkan para 'stakeholders'
untuk membincangkan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan
Masyarakat Bermaklumat. Para 'stakeholders' yang akan
terlibat adalah terdiri daripada sektor awam, sektor swasta,
pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan serta orang ramai termasuk para
penuntut. Persidangan ini akan mengetengahkan dan
membincangkan isu-isu penting dan relevan yang berkaitan dengan
Masyarakat Bermaklumat, contohnya seperti merapatkan lagi Jurang
Digital, isu mengenai Etika Masyarakat Bermaklumat, Pembangunan
Sumber Tenaga Manusia dan sebagainya.
NASIS akan diadakan pada 07 - 08 September 2005 di
Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Persidangan ini adalah diasaskan daripada Sidang
Kemuncak Sedunia Mengenai Masyarakat Bermaklumat (World Summit on
Information Society - WSIS) dimana fasa pertama sidang kemuncak
tersebut telahpun diadakan di Geneva, Switzerland pada 10 - 12
Disember 2003. Antaralain tindakan susulan yang telah
dipersetujui ialah bagi mengadakan Persidangan Kebangsaan Mengenai
Masyarakat Bermaklumat atau National Summit on Information Society
(NASIS) dimana maklumat-maklumat penting mengenai WSIS akan disalurkan
dan seterusnya membincangkan tindakan khusus yang perlu diambil
disemua sektor yang berkenaan. Persidangan ini akan dihadiri
oleh semua 'stakeholders' tempatan samada terdiri daripada
pihak Kerajaan mahupun sektor swasta.
Objektif-objektif persidangan ini adalah:-
-
Untuk mengongsikan bersama maklumat dan
pengetahuan yang diperolehi semasa Sidang Kemuncak Sedunia
mengenai Masyarakat Bermaklumat (WSIS);
-
Untuk membincangkan beberapa isu yang berkaitan
dalam menjana Masyarakat Bermaklumat, kepentingannya dan juga
bagaimana ianya harus diketengahkan didalam konteks Negara Brunei
Darussalam;
-
Untuk berkongsi dengan semua peserta persidangan
ini mengenai peranan dan aktiviti para agensi dan entiti yang
terbabit serta pencapaian mereka didalam usaha dan aktiviti
mereka;
-
Untuk membincangkan dan mencapai satu kata sepakat
mengenai kertas kerja bagi pembentukan satu Masyarakat Bermaklumat
di Negara Brunei Darussalam; dan
-
Untuk mencapai satu kata sepakat mengenai sasaran
dan tindakan yang realistik, boleh dicapai dan mampu bertahan
untuk dilaksanakan diperingkat kebangsaan.
NASIS akan menghasilkan kertas kerja bagi pembentukan
satu Masyarakat Bermaklumat di Negara Brunei Darussalam yang akan
mengandungi prinsip-prinsip asas berpandukan kepada konteks Negara
Brunei Darussalam.
Disamping itu jua satu Pelan Tindakan Kebangsaan akan
dihasilkan yang akan mengandungi aktiviti-aktiviti yang diungkayahkan
oleh pihak-pihak yang terlibat untuk menjana masyarakat bermaklumat
dinegara ini. Secara amnya, persidangan ini adalah satu forum
yang akan menghasilkan arah tuju masa depan dalam menjana dan
membangun masyarakat bermaklumat.
PERSIDANGAN
Persidangan NASIS akan diadakan pada 07 - 08 September
2005. Semasa persidangan ini berlangsung, beberapa isu yang
menarik akan dibincangkan oleh beberapa ahli panel.
Pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan orang ramai
didalam persidangan ini dengan bayaran pendaftaran sebanyak B$50
setiap peserta.
Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi
hendaklah dihantar terus atau melalui faks dan e-mel ke alamat
berikut:-
Sekretariat
Persidangan Kebangsaan Mengenai Masyarakat Bermaklumat
Tingkat 2,
Kementerian Perhubungan
Jalan Menteri
Besar
Bandar Seri
Begawan BB3910
Negara Brunei
Darussalam
Faks No.:
2380389
e-mel: rahemah.metali@mincom.gov.bn
EKSPO e-APLIKASI
Persidangan ini akan turut diselajurkan dengan Ekspo
e-Aplikasi pada 07 - 10 September 2005, bertempat di Dewan Serbaguna,
Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Objektif Ekspo ini adalah untuk mengenengahkan
aplikasi-aplikasi IT seperti e-Government, e-Health, e-Education
dan e-Banking serta aplikasi-aplikasi lain yang digunakan oleh
sektor swasta untuk memudahcara operasi perniagaan mereka.
Masuk adalah percuma.
Ekspo ini akan disertai oleh sektor Kerajaan dan
sektor swasta. Sekiranya syarikat awda berminat untuk
menyertai Ekspo ini, maklumat yang diperlukan adalah seperti
berikut:-
3m x 3m sebanyak B$1,000.00 untuk 4
hari
3m x 4m sebanyak B$1,200.00 untuk 4 hari
Cityneon
Displays and Construction Sdn Bhd
Lot 42,
Beribi Light Industrial Estate, Phase II,
Gadong
BE1118
Negara
Brunei Darussalam
Untuk
Perhatian: Awang Jack Ting (8713596)
Maklumat mengenai World Summit on Information
Society (WSIS)
Masyarakat global yang bermaklumat sedang melalui
satu perubahan yang sangat pantas. Percantuman diantara
telekomunikasi, penyiaran pelbagai media dan teknologi maklumat
dan komunikasi telah mengembangkan produk-produk dan
perkhidmatan-perkhidmatan baru, serta cara pengurusan perniagaan
dan perdagangan. Pada masa yang sama, peluang-peluang
perdagangan, sosial dan profesional telah berkembang dengan
pesatnya berikutan dengan pendedahan pasaran pada persaingan,
pelaburan asing dan penyertaan. Dunia moden pada masa ini
sedang melalui satu perubahan dimana masyarakat industri abad
ke-20 telah memberi laluan kepada kewujudan masyarakat bermaklumat
di abad ke-21 ini. Proses yang dinamik ini menjanjikan
perubahan asasi didalam semua aspek kehidupan kita, termasuk
penyebaran maklumat, interaksi sosial, amalan ekonomi dan
perniagaan, perjanjian politik, media, pendidikan, kesihatan,
kelapangan dan hiburan. Ternyata sekarang kita berada
dipertengahan sebuah revolusi yang berkemungkinan adalah suatu
perubahan yang paling ketara bagi masyarakat sejagat. Untuk
manfaat masyarakat sejagat kejayaan dan perkembangan yang
berlanjutan bagi dinamik ini memerlukan perbincangan secara global
dan keharmonian didalam bidang-bidang yang sewajarnya.
Akan tetapi, walaupun revolusi digital ini telah
mengembangkan sempadan perkampungan global, sebahagian besar
penduduk dunia masih lagi tidak terlibat didalam mengambil manfaat
dari fenomena ini. Dengan adanya jurang diantara pengetahuan
dan sikap kurang peka, jurang pembangunan diantara yang kaya dan
miskin dikalangan dan didalam Negara adalah semakin jauh.
Maka, adalah penting bagi sidang dunia untuk merapatkan lagi
jurang digital yang ada.
Melalui Resolusi 56/183, Sidang Kemuncak
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengesahkan rangka kerja
Sidang Kemuncak Sedunia WSIS, dimana ianya akan menyediakan satu
peluang yang unik bagi semua 'key stakeholders', untuk
bersidang didalam perkumpulan bertaraf tinggi. Sidang
Kemuncak Seduai WSIS ini bertujuan untuk membentuk satu kefahaman
yang lebih baik mengenai revolusi ini dan kesan-kesannya keatas
komuniti antarabangsa. Ianya bertujuan untuk mengumpukan
Ketua-Ketua Negara, Ketua Eksekutif, Agensi-agensi PBB,
ketua-ketua industri, organisasi-organisasi bukan Kerajaan,
wakil-wakil media dan masyarakat awam didalam satu majlis bertaraf
tinggi.
Hasil yang diharapkan daripada Sidang Kemuncak
Sedunia WSIS ini ialah untuk membentuk dan memupuk satu kenyataan
kemahuan politik yang jelas dan satu pelan tindakan yang konkrit
untuk mencapai matlamat masyarakat bermaklumat dan pada masa yang
sama, mencerminkan sepenuhnya keperluan-keperluan yang penting.
Hasil dari fasa pertama Sidang Kemuncak Sedunia
WSIS yang diadakan di Geneva, Switzerland pada bulan Disember
2002, satu Deklarasi Prinsip-prinsip (Declaration of Principles)
dan Pelan Tindakan (Plan of Action) telah dicapai.
Fasa kedua Sidang Kemuncak Sedunia WSIS akan
diadakan di Tunisia pada bulan November 2005.
Laman yang Berkaitan:
|