The Government of Brunei Darussalam

BIT COUNCIL

Siaran Akhbar

YANG BERHORMAT MENTERI PERHUBUNGAN AKAN MENGHADIRI "THE AVIATION LEADERSHIP SUMMIT & SINGAPORE AIRSHOW 2008"
17 - 20 FEBRUARI 2008, SINGAPURA


Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Perhubungan akan menghadiri ‘Singapore Aviation Leadership Summit’ dan Singapore Airshow 2008 yang akan diadakan pada 17 – 20 Februari 2008 di Singapura.  

Turut menyertai Yang Berhormat Menteri Perhubungan adalah Pengarah Penerbangan Awam serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Perhubungan.  

“The Aviation Leadership Summit” adalah dianjurkan oleh Singapura bersama “International Air Transport Association” (IATA). Diantara isu-isu utama yang akan digariskan semasa Summit tersebut adalah isu yang berkaitan dengan ‘sustainability’, keselamatan (‘security’) dan alam sekitar. Turut dianjurkan juga adalah Singapore Airshow 2008 yang bertujuan sebagai ‘global networking platform’ untuk komuniti industri penerbangan. 

Acara-acara ini dijangka akan dihadiri oleh Menteri-menteri yang bertanggungjawab keatas penerbangan awam, pihak berkuasa penerbangan awam serta pihak-pihak yang memainkan peranan penting didalam industri penerbangan dan merupakan satu peluang untuk membincangkan dan berdialog mengenai perkembangan utama, strategi dan cabaran didalam industri penerbangan.


|| Sejarah, Visi & Misi | Tanggungjawab & Fungsi | Carta Organisasi | Jabatan-Jabatan | Rangkakerja Pelan Strategik | Mesyuarat Serantau & Antarabangsa | Perkembangan Sumber Tenaga Manusia | Teks Ucapan | Maklum Balas | Kontak ||
|| BIT Council | AiTi | BICTA ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||