The Government of Brunei Darussalam

BIT COUNCIL

Siaran Akhbar

Yang Berhormat Menteri Perhubungan Kembali dari Menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Telekomunikasi dan Industri Maklumat APEC kali ke Tujuh (APEC TELMIN)

Bandar Seri Begawan - 
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Perhubungan tiba di ibu negara kelmarin, hari Sabtu, 26hb April 2008 setelah menghadiri Meysuarat Menteri-menteri Telekomunikasi dan Industri Maklumat APEC kali ke tujuh yang telah berlangsung di Bangkok, Thailand pada 23hb – 25hb April 2008.  

Turut menyertai delegasi Yang Berhormat Menteri Perhubungan ialah Haji Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Mohammad Taha, Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan, serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Perhubungan dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam.  

Dengan bertemakan ‘Digital Prosperity: Turning Challenge into Achievement’, mesyuarat TELMIN 7 membincangkan isu-isu penting yang berkaitan dengan kemakmuran digital dan keselamatan (security) digital melalui sesi-sesi plenary dan dialog. Isu berkaitan ‘ICT Capacity  Building’ juga turut digariskan dimana Yang Berhormat Menteri Perhubungan telah mengongsikan inisiatif dan pendekatan Negara Brunei Darussalam didalam ‘ICT capacity building’. 

Mesyuarat TELMIN 7 juga menggariskan kejayaan ahli-ahli ekonomi APEC didalam mencapai ‘Brunei Goals’ bagi akses internet sejagat pada tahun 2010. 

Para jemaah menteri juga mengesahkan (‘adopt’) Bangkok Declaration yang menyatakan usaha dan inisiatif ahli-ahli ekonomi APEC dalam bidang-bidang yang relevan seperti mempromosikan perkhidmatan sejagat, menggariskan mempromosikan persekitaran ICT yang selamat dan terjamin, serta meneruskan aktiviti didalam ICT human capacity building. 

Mesyuarat APEC TELMIN 7 ini telah didahului dengan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Telekomunikasi dan Industri Maklumat APEC, dimana delegasi Negara Brunei Darussalam telah diketuai oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan. 

Dikeluarkan Oleh:
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
26 APRIL 2008



|| Sejarah, Visi & Misi | Tanggungjawab & Fungsi | Carta Organisasi | Jabatan-Jabatan | Rangkakerja Pelan Strategik | Mesyuarat Serantau & Antarabangsa | Perkembangan Sumber Tenaga Manusia | Teks Ucapan | Maklum Balas | Kontak ||
|| BIT Council | AiTi | BICTA ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||