The Government of Brunei Darussalam

BIT COUNCIL

Siaran Akhbar

Bicara Sarapan Pagi '6 Secrets of Change' 

Bandar Seri Begawan - 

Kementerian Perhubungan dan Jabatan–jabatan dibawahnya hari ini mengadakan satu sesi taklimat Breakfast Talk bertajuk 6 Secrets of Change bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Perhubungan, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam.

 

Seramai lebih kurang 50 orang pegawai hadir di sesi taklimat ini yang terdiri daripada Pengarah–Pengarah Bahagian di Kementerian Perhubungan, Ketua-Ketua Jabatan / Timbalan Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Pihak Berkuasa Info-Komunikasi dan Teknologi Brunei (AiTi).

 

Turut hadir di sesi taklimat ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Perhubungan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Paduka Haji Yusoff bin Haji Abd Hamid, Timbalan Menteri Perhubungan, Yang Mulia Awang Haji Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan.

                       

Sesi taklimat ini disampaikan oleh Professor Michael Fullan yang merupakan seorang professor bersara dari Institut Ontario dan sedang berkhidmat sebagai ‘special adviser’ dalam pendidikan bagi  Kementerian Pendidikan Ontario, Canada. Selain itu beliau juga bekerja sebagai rakan kongsi seluruh dunia dalm membantu sistem pendidikan bagi semua peringkat.

Dikeluarkan Oleh:
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
2
9 APRIL 2008



|| Sejarah, Visi & Misi | Tanggungjawab & Fungsi | Carta Organisasi | Jabatan-Jabatan | Rangkakerja Pelan Strategik | Mesyuarat Serantau & Antarabangsa | Perkembangan Sumber Tenaga Manusia | Teks Ucapan | Maklum Balas | Kontak ||
|| BIT Council | AiTi | BICTA ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||