The Government of Brunei Darussalam

BIT COUNCIL

Siaran Akhbar


Perlawanan Golf Amal Anjuran Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan di Bawahnya bagi Tahun 2007 / 2008

Kementerian Perhubungan dan Jabatan–Jabatan dibawahnya akan mengadakan perlawanan golf amal yang antara lain bertujuan untuk menyumbang kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah, Pusat Ehsan dan Pusat Kaca. 

Perlawanan ini akan dibukakan kepada Pegawai-pegawai dan Kakitangan Kerajaan dan pihak swasta, dengan keramaian pemain seramai 150 orang. Disamping itu juga, perlawanan ini dihasratkan untuk mengeratkan hubungan tali silaturrahim serta menjalin kemesraan diantara pihak Kementerian Perhubungan dengan para peserta. 

Perlawanan golf ini, Insyallah akan diadakan selama dua hari iaitu pada 29 Februari 2008 dan 02 Mac 2008 bertempat di Kelab Golf Penerbangan Diraja Brunei (RBA), Berakas.  Format bagi perlawanan golf amal ini adalah stableford dan dibukakan kepada tiga kategori, iaitu kategori Kementerian Perhubungan, kategori VIP dan kategori jemputan. diantara syarat-syarat lain bagi penyertaan perlawanan golf amal ini mestilah mempunyai handicap yang sah.  

Bagi mana-mana pihak yang berminat untuk ikut serta bolehlah berhubung terus dengan penyelaras perlawanan:
Awang Haji Mohamad Manan bin Haji Lakim
ditalian 2380526 / 2383838 sambungan 1280 atau
Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus
ditalian 2382960 / 2383838 sambungan 1403 atau
Awang Harun bin Haji Hujan ditalian 8662881 atau
Dk Dewi binti Pengiran Haji Shahrir ditalian 2383838 sambungan 1477
bagi mendapatkan borang pendaftaran dan syarat-syarat penyertaan.

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
13 Februari 2008



|| Sejarah, Visi & Misi | Tanggungjawab & Fungsi | Carta Organisasi | Jabatan-Jabatan | Rangkakerja Pelan Strategik | Mesyuarat Serantau & Antarabangsa | Perkembangan Sumber Tenaga Manusia | Teks Ucapan | Maklum Balas | Kontak ||
|| BIT Council | AiTi | BICTA ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||