The Government of Brunei Darussalam

BIT COUNCIL

Siaran Akhbar

Kursus Taklimat bagi Graduan-Graduan Yang Baru Berkhidmat
02 Jun hingga 07 Julai 2008


Hari Khamis, 22 Jamadilakhir 1429 bersamaan 26 Jun 2008


Lebih kurang seramai 30 orang graduan-graduan yang baru berkhidmat dalam sektor kerajaan telah menghadiri sesi taklimat yang mengambil tempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Perhubungan, Jalan Menteri Besar.

Sesi taklimat ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pegawai Pentadbir Tingkat I, Kementerian Perhubungan. Turut hadir sama dimajlis ini ialah Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pegawai-pegawai di Kementerian Perhubungan.

Taklimat ini diadakan adalah bertujuan bagi memberi penerangan dan pengetahuan tentang peranan dan tanggungjawab Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Sesi perbincangan juga diadakan diakhir taklimat diantara graduan-graduan yang baru berkhidmat dengan wakil Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya bagi mengemukakan soalan terhadap tajuk yang telah disampaikan.

Disediakan oleh:
Kementerian Perhubungan
Negara Brunei Darussalam
22 Jamadilakhir 1429 / 26 Jun 2008



|| Sejarah, Visi & Misi | Tanggungjawab & Fungsi | Carta Organisasi | Jabatan-Jabatan | Rangkakerja Pelan Strategik | Mesyuarat Serantau & Antarabangsa | Perkembangan Sumber Tenaga Manusia | Teks Ucapan | Maklum Balas | Kontak ||
|| BIT Council | AiTi | BICTA ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||