The Government of Brunei Darussalam

BIT COUNCIL

Siaran Akhbar


Sambutan Awal Tahun Hijrah 1429 bagi Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan di Bawahnya

24 Januari 2008 -
Kementerian Perhubungan dan Jabatan–jabatan dibawahnya hari ini mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1429 bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Perhubungan, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis tersebut ialah Menteri Perhubungan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Turut hadir bagi sama–sama memeriahkan majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Perhubungan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Yusoff bin Haji Abd Hamid, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Hassan, Pengarah–Pengarah Bahagian Kementerian Perhubungan, Ketua-Ketua Jabatan / Timbalan Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai serta Kakitangan Kementerian Perhubungan dan Jabatan-jabatan dibawahnya. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Haji Awang Azyrin bin Haji Damit, Pegawai Hal Ehwal Masjid. 

Aturcara majlis didahului dengan Ucapan Alu–Aluan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, selaku Pengerusi Majlis. 

Satu ceramah khas telah disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dak’wah Islamiah, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Besar bin Haji Abu Bakar. 

Majlis diakhiri dengan bacaan doa.


KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
24 Januari 2008


|| Sejarah, Visi & Misi | Tanggungjawab & Fungsi | Carta Organisasi | Jabatan-Jabatan | Rangkakerja Pelan Strategik | Mesyuarat Serantau & Antarabangsa | Perkembangan Sumber Tenaga Manusia | Teks Ucapan | Maklum Balas | Kontak ||
|| BIT Council | AiTi | BICTA ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||