The Government of Brunei Darussalam

BIT COUNCIL

Siaran Akhbar

Majlis Penyampaian Sijil Kepada Peserta-Peserta dan Penaja-Penaja Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Yang ke-24 Tahun 2008 bagi Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya

Rabu, 19 Mac 2008 -
Kementerian Perhubungan dan Jabatan–jabatan dibawahnya hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan kepada Pegawai-pegawai dan Kakitangan Kementerian Perhubungan dan Jabatan-jabatan dibawahnya dan Sijil Penghargaan kepada penaja-penaja yang telah ikut serta bagi sama-sama memeriahkan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-24, yang lepas. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Perhubungan Negara Brunei Darussalam. 

Turut hadir bagi sama–sama memeriahkan majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Perhubungan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Yusoff bin Haji Abd Hamid, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan Yang Mulia Awang Haji Ibrahim bin Haji Hassan, Pengarah–Pengarah Bahagian Kementerian Perhubungan, Ketua-Ketua Jabatan / Timbalan Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta Kakitangan Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya dan wakil-wakil dari penaja yang berkesudian menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk tajaan. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al–Fatihah dan disusuli dengan Ucapan Alu-aluan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Pegawai Pentadbir Tingkat Khas, selaku Pengerusi Majlis. 

Aturcara seterusnya ialah penyampaian Sijil Penyertaan kepada peserta-peserta dan Sijil Penghargaan kepada penaja-penaja oleh Tetamu Kehormat.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa.

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
19 Mac 2008



|| Sejarah, Visi & Misi | Tanggungjawab & Fungsi | Carta Organisasi | Jabatan-Jabatan | Rangkakerja Pelan Strategik | Mesyuarat Serantau & Antarabangsa | Perkembangan Sumber Tenaga Manusia | Teks Ucapan | Maklum Balas | Kontak ||
|| BIT Council | AiTi | BICTA ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||