The Government of Brunei Darussalam

BIT COUNCIL

Siaran Akhbar

Majlis Pelancaran Rasmi Buku Pelan Strategik 2008 - 2017

Bandar Seri Begawan - 
Satu Majlis Pelancaran Rasmi Buku Pelan Strategik 2008 – 2017 akan diadakan pada 22 Rabiulakhir 1429 bersamaan 28 April 2008, jam 2 petang, di Dewan Amar Pahlawan Kementerian Perhubungan. Pelancaran buku ini akan di rasmikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Perhubungan, Negara Brunei Darussalam selaku Tetamu Kehormat majlis. 

Satu  pameran  khas yang bertemakan ‘Ke arah Masyarakat Canggih’ juga akan diadakan bertempat di kawasan Lobi Kementerian Perhubungan, yang mana akan berlangsung selama 4 hari mulai 28 April 2008 hingga 01 Mei 2008. 

Dalam memastikan keperihatinan pihak Kementerian Perhubungan dalam perubahan teknologi, suasana pasaran, pelanggan dan ekonomi sejagat, pihak Kementerian Perhubungan telah pun meneliti semula visi, misi, objektif, strategi dan polisinya. Hasilnya pihak Kementerian dan Jabatan-Jabatan dibawahnya telah berjaya mengungkayahkan Buku Pelan Strategik 2008 – 2017.  Ini adalah berdasarkan daripada beberapa perbincangan, forum, bengkel bersama semua stakeholders yang berkenaan dan telah diakhiri dengan retreat yang telah diadakan sejak bulan April hingga November tahun 2007 yang lalu.  Bagi memastikan penghasilan Buku Pelan Stategik 2008 – 2017 ini bertepatan dengan perubahan sejagat, tiga (3) orang pensyarah dari Universiti Brunei Darussalam telah dilantik selaku fasililator bagi membantu dalam peghasilan buku ini. 

Buku Pelan Strategik 2008 -2017 ini, mengandungi 13 bahagian utama dimana setiap bahagian mengandungi huraian mengenai Visi, Misi, Keadaan Semasa, Trend, Perkembangan dan Cabaran, Objektif Strategik Kementerian dan Jabatan, Halatuju Dasar, Penanda Aras Utama, Inisiatif Utama dan juga Sukat-sukat Pencapaian.  Buku Pelan Strategik ini  akan dijadikan garispandu oleh Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan dibawahnya bagi tempoh 10 tahun akan datang. 

Pameran yang bertemakan “Kearah Masyarakat Canggih”, akan disertai oleh semua Jabatan-Jabatan dibawah Kementerian Perhubungan, yang antara lain mempamerkan projek-projek dan perkhidmatan e-Kerajaan yang sedang dilaksanakan seperti e-Mincom, Sistem Pengangkutan Darat (SPD) dan sebagainya. Pameran ini juga turut disertai oleh pembekal utama perkhidmatan telekomunikasi di Negara Brunei Darusslam iaitu Telekom Brunei Berhad (TelBru), B.Mobile, Data Stream Sendirian Berhad (DST) dan  Pihak Berkuasa Industri Info Komunikasi (AiTi) yang akan memperlihatkan kecanggihan teknologi info komunikasi yang terdapat di negara ini. 

Beberapa siri jerayawara juga akan diadakan untuk memberikan kefahaman dan penghayatan kepada keseluruhan pegawai dan kakitangan Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya agar mereka akan dapat memahami dan menghayati isi kandungannya dan seterusnya akan dapat merealisasikan dan serentak bergerak kearah mencapai apa jua yang terdapat didalam pelan strategik  berkenaan.  Ini adalah untuk menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Hari Perkhidmatan Awam pada 29 Syawal 1428 bersamaan 10 November 2007 yang lalu. 

Buku Pelan Strategik 2008 -2017 ini adalah dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris dan ianya juga telah dimuatturun dalam bentuk cakera padat dan juga akan dapat dilayari melalui laman web rasmi Kementerian Perhubungan.

Sekretariat
Majlis
Pelancaran dan Pameran
Buku P
elan Strategik 2008 - 2017
Kementerian Perhubungan



|| Sejarah, Visi & Misi | Tanggungjawab & Fungsi | Carta Organisasi | Jabatan-Jabatan | Rangkakerja Pelan Strategik | Mesyuarat Serantau & Antarabangsa | Perkembangan Sumber Tenaga Manusia | Teks Ucapan | Maklum Balas | Kontak ||
|| BIT Council | AiTi | BICTA ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||