|
BIT
Council

|
Tanggungjawab & Fungsi
Tanggungjawab
Tanggungjawab katalistik Kementerian Perhubungan ialah untuk mengenalpasti dan menerapkan
tujuan-tujuan dasar dan tindakan-tindakan untuk memenuhi objektif-objektif kemajuan
negara supaya perkhidmatan-perkhidmatan yang di berikan akan dapat menjadi penggerak
dalam mempelbagaikan asas ekonomi negara. Pada masa yang sama, ia nya secara tidak
langsung dapat menyumbang kearah menimbulkan iklim yang kondusif bagi perkembangan
industri-industri dan penglibatan sektor swasta yang dominant, mantap dan berdayasaing
di peringkat serantau dan global.
Fungsi / Peranan Utama
- Merancang, membina dan mengembangmajukan industri pengangkutan,
maritim,
darat dan udara dan industri perhubungan ñ pos dan telekomunikasi global,
bagi memenuhi keperluan, kemajuan dan kemakmuran negara.
- Menyediakan dan mengemaskinikan undang-undang dan peraturan-peraturan melalui
perkhidmatan-perkhidmatan yang di beri kepada orang ramai dengan mudah, cepat, selamat
dan memuaskan.
- Membentuk iklim yang kompetitif dan kondusif bagi pertumbuhan industri-industri
dan mengembangkan dan mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang di beri oleh Jabatan-jabatan
di bawah Kementerian Perhubungan.
|