The Government of Brunei Darussalam

BIT Council

Pusat Perkhidmatan Perdagangan dan Pelancongan
(SHuTT 2003)

Membentuk SHuTT                            

Memperkembangkan Infrastruktur

Perkembangan keupayaan infrastruktur untuk menampung keperluan yang bertambah bagi perkhidmatan-perkhidmatan:-

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei memerlukan peningkatan untuk mengendali jumlah pertambahan penumpang, kargo dan pergerakan kapal terbang. Penambahan dan peningkatan Lapangan Terbang Antarabangsa dengan tujuan untuk mengadakan landasan kedua yang selari dan bangunan terminal yang baru;

  • Pelabuhan Muara memerlukan pertambahan tambatan dan juga pendalaman laluan bagi kapal-kapal yang lebih besar. Kajian kemungkinan bagi pembesaran Pelabuhan Muara dengan hasrat untuk memajukan Pekan Muara sebagai kawasan pelabuhan eksklusif dan juga kemungkinan untuk menggunakan Teluk Brunei (Brunei Bay) sebagai kontena terminal. Sebagai langkah awal, Laluan dan Pelabuhan Muara akan didalamkan kepada 12.5 meter.

  • Sistem pengangkutan darat mestilah diperbaiki untuk memberikan perkhidmatan yang lebih efektif bagi pergerakan orang ramai dan barang-barang di dalam Negara Brunei Darussalam. Kajian awal (Feasibility Studies) bagi sistem pengangkutan kereta api ringan (Light Rail Transport -LRT) masih di usahakan.

  • Rangkaian telefon mestilah ditambah keupayaannya untuk memenuhi keperluan yang meningkat dan penambahan kepada jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Penambahan rangkaian telekomunikasi supaya ëpenetration rateí akan meningkat kepada 45 tiap-tiap seratus penduduk dan juga pemberian perkhidmatan 'Narrowband' dan 'Broad Band Intergrated Services Digital Network'(N ISDN dan B ISDN) dan menyediakan beberapa perkhidmatan sampingan seperti 'fast file data transfer' dan perkhidmatan-perkhidmatan 'multi media';

  • Perkhidmatan pos dalam negeri dan antarabangsa perlu diluaskan perkhidmatannya kepada masyarakat dan kumpulan-kumpulan peniaga disamping kawasan-kawasan baru dan yang berkembang. Pembinaan enam pejabat-pejabat pos baru.


||
Sejarah, Visi & Misi | Tanggungjawab & Fungsi | Carta Organisasi | Jabatan-Jabatan | SHuTT | Maklum Balas | Kontak ||
||
BIT Council | AiTi | BICTA ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||