Pusat Perkhidmatan Perdagangan dan Pelancongan
(SHuTT 2003)
Membentuk Masa Depan
Terdapat beberapa perubahan besar yang mempunyai kesan langsung terhadap industri
pengangkutan dan perhubungan:-
- Perubahan yang besar dalam teknologi dan inovasi telah mengurangkan masa dan
jarak jauh;
- Liberalisasi pengembaraan (travel) dan perdagangan lintas- batas telah meningkatkan
kerjasama dan saling bergantung dari segi ekonomi antara negara-negara ; dan
- Perusahaan swasta yang dinamik telah memperkenalkan peningkatan perkhidmatan-perkhidmatan
dan juga mempertingkatkan efisiensi dan memperkenalkan produk perniagaan yang baru
melalui suasana persaingan yang lebih produktif;
Keseluruhan perubahan di atas membukakan peluang dan memperkenalkan beberapa cabaran
baru kepada perkembangan Negara Brunei Darussalam.
Perkembangan-perkembangan ini dan penubuhan BIMP-EAGA, yang memanfaatkan kerjasama
`geo-economicí dan `saling melengkapi telah memberikan peluang kepada Negara
Brunei Darussalam untuk menjadi Pusat Perkhidmatan bagi perdagangan dan pelancongan
dalam BIMP-EAGA.
Kementerian Perhubungan telah menetapkan wawasan dan misi untuk menjadikan Negara
Brunei Darussalam sebagi Pusat Perkhidmatan bagi perdagangan dan pelancongan menjelang
tahun 2003.
Objektif untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Pusat Perkhidmatan bagi
perdagangan dan pelancongan (SHuTT) ialah dengan mempromosikan kegiatan-kegiatan
dalam bidang-bidang tertentu seperti berikut :-
- Impot dan Ekspot melalui Negara Brunei Darussalam;
- Mengembara ke Negara Brunei Darussalam dan melalui Negara Brunei Darussalam;
- Menyelenggarakan perniagaan dalam Negara Brunei Darussalam dan melalui Negara
Brunei Darussalam;
- Berhubung dari Negara Brunei Darussalam dan melalui Negara Brunei Darussalam.
Aktiviti-aktiviti ini secara asas tertumpu kepada perkembangan dalam perkhidmatan
dan infrastuktur pengangkutan dan perhubungan di negara ini. Untuk mempromosikan
aktiviti-aktiviti ini dan untuk memberikan pemusatan untuk agensi-agensi dan pengusaha-pengusaha
dalam sektor pengangkutan dan perhubungan dan mereka yang terlibat di bawah Kementerian
Perhubungan, Jabatan-Jabatan dalam Kementerian ini akan diberikan tema bagi perkembangannya.
Tema-tema telah dikenalpasti dalam bidang-bidang seperti berikut:-
| Pengangkutan Darat |
Mobiliti lintas batas melalui sistem pengangkutan darat yang
bersepadu |
| Telekom |
Penyambungan kepada infrastruktur informasi sejagat. |
| Perkhidmatan Pos |
Pusat perkhidmatan niaga bagi semua masyarakat. |
| Laut dan Pelabuhan |
Pintu antarabangsa bagi perdagangan . |
| Penerbangan Awam |
Interconnectivity kepada sistem pengangkutan udara antarabangsa |