Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bismillahir Rahmanir Rahim, Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala
Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Alihiee Wasah Bihee
Ajma’een.
Mengadap Kehadapan Majlis
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda
Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Beribu ampun,
Dengan penuh hormat dan takzim, hamba Duli Tuanku bagi
pihak Jawatankuasa Penyelaras Anugerah Teknologi Infokomunikasi Brunei
(BICTA) 2005, terlebih dahulu sukacita menyembahkan setinggi-tinggi
menjunjung kasih di atas kornia perkenan Duli Tuanku selaku Penaung Diraja
Anugerah BICTA berangkat ke Majlis Malam Anugerah Teknologi Infokumikasi
Brunei (BICTA) 2005 ini dan seterusnya akan menyempurnakan pengurniaan
Anugerah kepada pemenang-pemenang BICTA 2005 pada malam ini.
Sesungguhnya keberangkatan Duli Tuanku ke majlis malam
ini merupakan suatu penghormatan dan besar maknanya dalam memberikan daya
pendorong kepada abis hamba Duli Tuanku khasnya kepada peserta-peserta
BICTA 2005.
Beribu ampun,
Disembahkan bahawa Anugerah Teknologi Infokomunikasi
Brunei (BICTA) kali ini adalah merupakan kali yang kedua diadakan sejak
Anugerah ini pertama kali diadakan pada tahun 2004.
Anugerah BICTA adalah dihasratkan untuk menjadi
landasan atau platform bagi menjana inovasi dan kreativiti dan
kecemerlangan dalam bidang ICT di kalangan individu, pengusaha ICT kecil
dan sederhana (SME) tempatan, dan institusi-institusi pendidikan. Di
samping itu, Anugerah ini juga dihasratkan untuk menjadi tanda aras atau benchmark
kepada produk dan solution bagi inovasi dan kreativiti dalam bidang
ICT dan bagi menghargai pencapaian terbaik individu, pengusaha-pengusaha
ICT kecil dan sederhana (SME) dan organisasi-organisasi yang beroperasi di
Negara Brunei Darussalam.
Sebanyak 16 kategori telah dipertandingkan yang
meliputi 4 domain, iaitu Kerajaan, Industri, Pendidikan dan pengguna. Pada
tahun ini, sebanyak 40 penyertaan telah diterima dalam13 daripada 16
kategori yang dipertandingkan, iaitu e-Government and Public Services,
Education and Training, Secondary Student Project, Tourism and
Hospitality, Media and Entertainment, Communications, Health, Security,
Application and Infrastructure Tools, General Applications, Start-up
Company, Primary Student Project dan Tertiary Student Project.
Bagi memberikan galakan kepada syarikat-syarikat baru, satu kategori baru
iaitu Start-up Company telah diperkenalkan.
Beribu ampun,
Disembahkan bahawa para Jemaah Hakim berpendapat bahawa
pada tahun ini terdapat peningkatan dari segi jumlah penyertaan daripada
25 pada tahun 2004 kepada 40. Demikian juga terdapat peningkatan dari segi
content dan kualiti penyertaan serta meningkatnya juga semangat
para peserta yang menyertai pameran BICTA.
Apa yang juga membanggakan ialah separuh daripada
penyertaan adalah terdiri daripada para penuntut pusat-pusat pengajian
tinggi, sekolah menengah, sekolah rendah, maktab teknik dan sekolah
vokasional. Ini merupakan satu petanda yang positif.
Sebanyak 60 petak pameran telah disediakan dan disertai
oleh pihak swasta, Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan
dan juga pemenang Anugerah BICTA 2004.
Beberapa ceramah dan taklimat juga telah diadakan yang
disampaikan oleh wakil-wakil dari agensi-agensi kerajaan,
syarikat-syarikat ICT tempatan dan luar negara dan juga para pemenang
anugerah BICTA 2004 untuk mengongsikan pengalaman dan pengetahuan mereka
dalam bidang ICT.
Beribu Ampun,
Pemenang-pemenang bagi setiap kategori akan menerima
wang tunai sebanyak $1,000.00, trofi dan plak dan mereka ini juga akan
mewakili Negara Brunei Darussalam ke pertandingan Anugerah Teknologi
Infokomunikasi Asia Pasific (APICTA 2005) yang dijangka akan diadakan pada
bulan Februari 2006.
APICTA ini pada awalnya dirancang diadakan di Bali,
Indonesia pada 30 November hingga 3 Disember 2005 tetapi atas sebab
musibah yang menimpa Bali baru-baru ini, maka tarikh dan tempatnya
telahpun dipinda.
APICTA adalah merupakan anugerah tertinggi di peringkat
Asia Pasifik di mana ianya adalah merupakan landasan atau platform bagi
mewujudkan pembaharuan dan inovasi di peringkat Asia Pasifik. Di samping
itu ianya juga bertujuan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan
perhubungan perdagangan, pemindahan teknologi, menyediakan peluang
persaingan dan pendedahan.
Hamba Duli Tuanku mengharapkan agar para pemenang BICTA
2005 yang akan menyertai pertandingan Anugerah APICTA 2005 nanti akan
dapat mempertingkatkan lagi daya saing, kualiti produk, hasil inovasi dan
kreativiti mereka supaya dapat bersaing dengan peserta dari negara-negara
lain. Kearah ini jemaah hakim juga diharap akan dapat memberikan bimbingan
dan sokongan kepada pemenang BICTA 2005 bagi memastikan penyertaan mereka
di peringkat APICTA 2005 mencapai mutu (standard) pertandingan.
Beribu ampun,
Disembahkan bahawa pada tahun 2004 yang lalu peserta
Negara iaitu Teleconsult dengan projek e-Plato dalam kategori e-Government
and Services telah berjaya mendapat penghargaan ‘Special Mention’
semasa Anugerah APICTA yang diadakan di Hong Kong.
Adalah menjadi harapan negara supaya kejayaan yang
lebih besar akan dapat diperolehi dalam penyertaan pada tahun ini dan juga
di tahun-tahun yang akan datang.
Kepada pemenang-pemenang Anugerah BICTA 2005, hamba
Duli Tuanku mewakili Jawatankuasa Penyelaras Anugerah Teknologi
Infokomunikasi sukacita mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan
mereka.
Sebelum mengakhiri sembah alu-aluan ini, hamba Duli
Tuanku sukacita menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih diatas
keberangkatan Paduka Adinda:
Yang Teramat Mulia
Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik
Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria,
kehadiran Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet,
Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat, Dhief-dhief dan para jemputan yang dihormati
sekalian.
Sekian. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Hamba Duli Tuanku menjunjung anugeraha.