The Government of Brunei Darussalam


BIT Council

Versi Bahasa Inggeris

Objektif Strategik

Pengkorporatan dan Penswastaan

Objektif Strategik Kementerian 1:

 Ø     Untuk melaksanakan pengkorporatan dan penswastaan

Kementerian Perhubungan secara berterusan akan membezakan antara peranan penyedia dasar dengan peranan perlaksanaan dan operasi. Kementerian Perhubungan dan Jabatan-jabatan dibawahnya akan meneliti kesemua isu mengenai peraturan, kewangan dan sumber tenaga manusia bagi memudahkan pengkorporatan dan penswastaan.

Ø       Untuk bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan

Dalam usaha untuk melaksanakan pengkorporatan, Kementerian Perhubungan akan secara berterusan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi yang berkaitan. Beberapa komiti dan jawatankuasa akan diperkukuhkan untuk menyediakan jaringan dan landasan bagi tindakbalas. Oleh yang demikian, Kementerian Perhubungan akan secara berterusan meneliti semula perkhidmatan dan meliberalisasikan sektor perhubungan. 

Objektif Strategik Jabatan 1:

Ø       Untuk mengurangkan penglibatan pihak Kerajaan dalam penyediaan peruntukan perkhidmatan perhubungan dan pengangkutan dan menggalakkan penyertaan pihak swasta yang lebih banyak;  

Ø       Untuk menswastakan sebahagian perkhidmatan yang pada masa ini dijalankan oleh jabatan; 

Ø       Untuk mewujudkan dan membukakan pendaftaran perkapalan kepada negara-negara luar; 

Ø       Untuk menyatupadukan pengangkutan dan penggunaan tanah yang berkesan dalam perancangan masa depan Negara Brunei Darussalam; 

Ø       Untuk memastikan persaingan yang sihat dalam pasaran perhubungan; 

Ø       Untuk menyediakan penubuhan entiti korporat seperti Pihak Berkuasa Laut dan Pelabuhan (MPA), Syarikat Pelabuhan Brunei Bhd (Operator Perkhidmatan Pelabuhan), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Berhad (Pengurusan Lapangan Terbang);  

Ø       Untuk outsource beberapa perkhidmatan lapangan terbang seperti pemeliharaan elektrikal, pemeliharaan infrastruktur landasan; dan  

Ø       Untuk menubuhkan Zon Perdagangan Bebas (FTZ) di Lapangan Terbang Antarabangsa dan di Pelabuhan Muara seperti Pihak Berkuasa Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang dan Pihak Berkuasa Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan. 

Permudahan dan Penyertaan Sektor Swasta  

Objektif Strategik Kementerian 2:

Ø       Untuk menggalakkan dan memudahkan penyertaan sektor swasta  

Kementerian Perhubungan akan memperluaskan dan memperdalamkan lagi penyertaan sektor swasta terutamanya pengusaha kecil dan sederhanan dalam industri perhubungan melalui outsourcing dan model-model perniagaan yang lain seperti perkongsian awam dan swasta (PPP). 

Ø       Untuk memantau dan meneliti pencapaian sektor swasta  

Pencapaian pengusaha dalam industri perhubungan akan dipantau dan diteliti secara terperinci oleh Kementerian Perhubungan bagi membolehkan sebarang teguran dan kemudahan dapat diberikan secara berterusan. 

Ø       Untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif  

Kementerian Perhubungan berhasrat untuk mempertingkatkan lagi sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada sektor perhubungan.  Dalam hubungan ini, Kementerian Perhubungan akan terus menggalakkan dan memelihara persekitaran yang kondusif untuk para pelabur melabur dan menjalankan perniagaan dalam sektor perhubungan di Negara Brunei Darussalam. 

Objektif Strategi Jabatan 2: 

Ø       Untuk menggalakkan syarikat-syarikat perkapalan utama dan syarikat perkapalan lain untuk menambahkan aktiviti-aktiviti punggah edar;  

Ø       Untuk menggalakkan penyedia-penyedia perkhidmatan pelabuhan untuk menambahkan aktiviti-aktiviti transit seperti pemunggahan kargo, kenderaan dan alatganti kenderaan; 

Ø       Untuk membangunkan dan memperkukuhkan lagi syarikat pemunggahan tempatan dalam bidang pengangkutan dan aktiviti syarikat pengangkutan berkaitan; 

Ø       Untuk menyediakan tarif pelabuhan yang lebih menarik;  

Ø       Untuk menggalakkan penyertaan pihak swasta dalam aktiviti perniagaan pos; 

Ø       Untuk melaksanakan perkhidmatan e-Kerajaan; 

Ø       Untuk mempertingkatkanperkhidamtan Jabatan Pengangkutan Darat;  

Ø       Untuk menyediakan perkhidmatan darat yang kondusif dan pergerakan barangan lintas batas; 

Ø       Untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta bagi menyediakan perkhidmatan nilai tambah; 

Ø       Untuk menyediakan siri insentif bagi industri teknologi info-komunikasi (ICT) tempatan; 

Ø       Untuk menggalakkan perkembangan persaingan kecekapan utama tempatan sebelum dilaratkan ke pasaran serantau; 

Ø       Untuk mempromosikan Negara Brunei Darussalam ke arena global sebagai destinasi yang menarik untuk pelabur asing melabur di Negara Brunei Darussalam; 

Ø       Untuk membangunkan pengusaha teknologi info-komunikasi (ICT) tempatan yang berkebolehan untuk menjalankan projek e-Kerajaan; 

Ø       Untuk mengenalpasti perkhidmatan-perkhidmatan terbaru seperti kemudahan pengisian minyak (bunkering); 

Ø       Untuk menyediakan perkhidmatan layanan melalui penyertaan sektor swasta; 

Ø       Untuk menggalakkan syarikat perkapalan untuk berpengkalan di Pelabuhan Muara; 

Ø       Untuk mempelbagaikan perkhidmatan pos kepada produk atau perkhidmatan terbaru; 

Ø       Untuk melaksanakan Tanggungjawab Perkhidmatan Antarabangsa; dan 

Ø       Untuk menggalakkan pembekal sektor swasta bagi menggunakan perkhidmatan perniagaan elektronik supaya dapat meningkatkan persaingan. 

Pembangunan Infrastruktur  

Objektif Strategik Kementerian 3:  

Ø       Untuk mempertingkatkan infrastruktur dan mengoktimakan penggunaan; 

Kementerian Perhubungan dan Jabatan-jabatan dibawahnya akan secara berterusan memastikan:  

i.               Infrastruktur awam di Negara Brunei Darussalam yang akan dibangunkan adalah menepati kehendak pengguna (stakeholders); 

ii.             Pembekalan adalah selalu mengatasi permintaan; dan 

iii.            Zon Perdagangan Bebas diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan Pelabuhan Muara. 

iv.            Untuk memperkukuhkan perkhidmatan pemeliharaan dan bantuan. 

Sistem pemeliharaan dan bantuan yang teratur akan diperkukuhkan bagi menambahkan penggunaan dan akan memastikan bahawa infrastruktur digunakan secara sempurna.  

Objektif Strategik Jabatan 3:  

Ø       Untuk secara berterusan mempertingkatkan dan memperbaiki kemudahan dan perkhidmatan di Lapangan Terbang amnya dan terminal penumpang khususnya melalui beberapa penambahan projek; 

Ø       Untuk membangunkan aktiviti-aktiviti pengedaran, punggahedar dan logistik di Lapangan Terbang Antarabangsa dan Pelabuhan Muara;  

Ø       Untuk mewujudkan Lapangan Terbang sebagai pusat pengisian minyak serantau dengan menyediakan tawaran harga minyak yang paling menarik dan liberalisasi pembekalan minyak; 

Ø       Untuk membina hotel lima bintang di kawasan lapangan terbang yang telah digazet; 

Ø       Untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan awam;  

Ø       Untuk mempertingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam;  

Ø       Untuk mempromosi dan membantu pengangkutan multimodal;  

Ø       Untuk membangunkan pusat serantau pengedaran dan aktiviti logistik (menggalakkan pengeksportan semula melalui laut); 

Ø       Untuk menyediakan jaringan infrastruktur berwayar kuasa tinggi dan jalur lebar tanpa wayar kepada semua peringkat masyarakat;  

Ø       Untuk menyatupadukan sistem jaringan telefon bergerak;  

Ø       Untuk mempertingkatkan keupayaan bandwidth e-Kerajaan;  

Ø       Untuk membina institut penyelidikan dan perkembangan (R&D);  

Ø       Untuk menggunakan secara penuh infrastruktur rangkaian jaringan generasi terbaru (NGN) dengan menawarkan perkhidmatan yang lebih meluas; 

Ø       Untuk membina perkhidmatan penggabungan jalur lebar;  

Ø       Untuk mempertingkatkan kemudahan bagi pengangkutan awam;  

Ø       Untuk mempertingkatkan penggabungan pelbagai cara pengangkutan darat; 

Ø       Untuk mempertingkatkan keupayaan sumber tenaga manusia di jabatan-jabatan dan industri yang berkaitan;  

Ø       Untuk mensejajarkan perkembangan sumber tenaga manusia dengan peranan dan tanggungjawab Jabatan Pengangkutan Darat;  

Ø       Untuk mewujudkan tenaga kerja professional dan mahir dalam pengangkutan darat dan industri yang berkaitan;  

Ø       Untuk membina infrastruktur dapur penerbangan yang moden; dan  

Ø       Untuk memastikan landasan, taxiway dan apron dalam keadaan yang cemerlang bagi memenuhi keperluan operasi.  

Peningkatan Operasi 

Objektif Strategik Kementerian 4:  

Ø       Untuk menggunakan Amalan Terbaik Antarabangsa  

Semua jabatan-jabatan yang berkaitan adalah disarankan untuk menggunakan amalan terbaik antarabangsa untuk memastikan operasi pengangkutan dan perhubungan yang cekap untuk memberikan kemudahan kepada pergerakan penumpang dan kargo dan  juga memudahkan perkhidmatan perdagangan dan pelancongan.  

Ø       Untuk mengurangkan birokrasi dan meningkatkan produktiviti  

Kementerian Perhubungan menyokong penggunaan teknologi yang bersesuaian dan penggunaan perkhidmatan e-Kerajaan bagi meningkatkan produktiviti perkhidmatan Kerajaan kepada orang awam dan para pengusaha (stakeholders) yang akan diberikan dengan selesa, berterusan dan mudah diperolehi.  Proses dalaman seperti pneggunaan kewangan terkawal dan proses penelitian semula adalah juga digalakkan. 

Ø       Untuk menggalakkan aktiviti hub  

Kesemua sektor yang relevan dengan Kementerian Perhubungan perlu turut mempromosi dan menbangunkan aktiviti-aktiviti hub.  

Objektif Strategik Jabatan 4:  

Ø       Untuk meningkatkan mutu pengumpulan data, maklumat dan statistik daripada penyedia perkhidmatan pelabuhan dan agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan seperti Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pertanian, Kementerian Perindustrian  dan Sumber-Sumber Utama dan lain-lain;  

Ø       Untuk menyediakan perkhidmatan yang kompetatif dan menarik perkapalan dari Asia Timur dan Selatan seperti China, Jepun, Korea, Australia dan lain-lain; 

Ø       Untuk menggalakkan pengusaha kapal-kapal pelesiran untuk singgah di Negara Brunei Darussalam;  

Ø       Untuk mempermudahkan proses;  

Ø       Untuk mengubah perkhidmatan pos menjadi lebih moden dengan teknologi yang bersesuaian dan untuk memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan baru yang berasaskan teknologi moden dan meningkatkan kualiti mel dan kecekapan dalam penghantaran mel; 

Ø       Untuk mempertingkatan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan pos;

Ø       Untuk menjadikan perkhidmatan pos sebagai pusat pelbagai perkhidmatan (satu jendela) semasa menjalankan perniagaan harian dengan pihak Kerajaan dan sektor swasta; 

Ø       Untuk memberikan orang ramai maklumat pos yang mudah diperolehi;

Ø       Untuk menggalakkan persaingan yang seimbang dalam industri telekomunikasi bagi membolehkan telcos bersaing dalam gelanggang yang sama;  

Ø       Untuk menjadi lebih telus kepada orang ramai dalam proses perkhidmatan Kerajaan;  

Ø       Untuk memperkenalkan perkhidmatan yang licin dan memperbaharui proses perniagaan susulan untuk disatukan dengan perkhidmatan elektronik front end; 

Ø       Untuk menggunakan peralatan yang bersesuaian untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan efektif;  

Ø       Untuk mempromosikan keperluan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah; 

Ø       Untuk mempertingkatkan perundangan utama disediakan untuk memenuhi persekitaran industri semasa;  

Ø       Untuk bersedia bagi penyediaan perkhidmatan awam untuk generasi akan datang;  

Ø       Untuk menggalakkan perpindahan kepada saluran elektronik bagi meningkatkan pertemuan antara Kerajaan dengan rakyat dan perniagaan; 

Ø       Untuk mendokong pengenalan portal baru “www.gov.bn” sebagai jalan masuk utama kepada maklumat dan perkhidmatan Kerajaan secara online; 

Ø       Untuk mendokong pengenalan e-pembelian (e-procurement) dalam Kerajaan yang akan menggalakkan para pembekal sektor swasta termasuk pengusaha kecil dan sederhana (PKS) untuk bertukar kepada perniagaan elektronik, yang akan menggalakkan perubahan besar dalam proses dalaman dan persaingan;

Ø       Untuk menyediakan dan menganalisa statistik teknologi informasi kebangsaan dan antarabangsa dalam perhubungan;  

Ø       Untuk menyediakan tahap keselesaan tertinggi kepada penumpang yang tiba, meninggalkan Negara Brunei Darussalam dan transit dan termasuk juga orang ramai dan pekerja-pekerja lapangan terbang;  

Ø       Untuk memasang sistem pengendalian bagasi bersepadu bagi mengendalikan semua operasi penerbangan dan memenuhi tahap keperluan sekuriti lapangan terbang; 

Ø       Untuk memenuhi piawaian kecekapan tertinggi melalui peningkatan kemudahan dan perkhidmatan; dan 

Ø       Untuk menyediakan kemudahan kepada orang-orang kurang upaya. 

Perkembangan Sumber Tenaga Manusia  

Objektif Strategik Kementerian 5:  

Ø       Untuk mempertingkatkan profesionalisma dan kemahiran; 

Semua pegawai dan kakitangan (personnel) akan tertakluk kepada proses perkembangan kecekapan terancang supaya dapat melaksanakan pelan strategik Kementerian Perhubungan secara berkesan. 

Ø       Untuk menyediakan latihan dan pendidikan kepada para pengusaha (stakeholders) 

Kementerian Perhubungan akan menyediakan skim latihan yang relevan dan seterusnya mempromosikan kesedaran orang ramai terutama yang berkaitan dengan perkara tertentu seperti latihan pegawai kadet akan dipertingkatkan bagi menggalakkan lebih ramai anak-anak tempatan berkecimpung dalam industri ini.  

Objektif Strategik Jabatan 5:  

Ø       Untuk meningkatkan tahap keselamatan jalanraya melalui pembelajaran memandu dan ujian yang terbaik;  

Ø       Untuk meningkatkan program dan kemudahan latihan pegawai kadel laut; 

Ø       Untuk membangunkan industri latihan teknologi info-komunikasi;  

Ø       Untuk membangunkan kepakaran tempatan pihak berkuasa dalam industri info-komunikasi; 

Ø       Untuk menggalakkan budaya e-Masyarakat kepada orang ramai dengan menekankannya dalam program e-Kerajaan;  

Ø       Untuk menyediakan latihan asas untuk memenuhi syarat kecekapan bagi operasi navigasi udara dan aerodrome; 

Ø       Untuk menyediakan latihan asas bagi memenuhi syarat kecekapan bagi menjalankan fungsi regulatori; 

Ø       Untuk menyediakan latihan asas, bekerja sambil belajar dan kursus ulangan (kursus terbaru) dalam semua disiplin di Jabatan Penerbangan Awam bagi pembangunan yang berterusan untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran yang berhubungkait dengan tanggungjawab mereka;  

Ø       Untuk menyertai seminar dan bengkel yang dikelolakan oleh pihak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan badan-badan berkaitan dengan penerbangan diperingkat serantau dan antarabangsa; 

Ø       Untuk mewujudkan industri latihan pengangkutan; dan  

Ø       Untuk mengurangkan jurang digital dengan mempromosikan pengurusan sumber tenaga manusia. 

Persekitaran Yang Selamat dan Bersih 

Objektif Strategik Kementerian 6:  

Ø       Untuk memenuhi dan mempertahankan piawaian keselamatan dan sekuriti antarabangsa. 

Kementerian Perhubungan menekankan perlunya untuk dapat memenuhi piawaian dan kehendak badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO).  

Ø       Untuk mempromosi pemeliharaan dalam persekitaran untuk pembangunan berdaya tahan. 

Kementerian menyokong aspirasi negara kearah melindungi persekitaran terutama tumpahan minyak, pencemaran jalanraya dan sampah sarap daripada kapal dan bengkel-bengkel kenderaan. 

Objektif Strategik Jabatan 6:  

Ø       Untuk memenuhi kehendak piawaian tertinggi dalam keselamatan penerbangan, sekuriti dan kecekapan melalui peningkatan kemudahan dan perkhidmatan; 

Ø       Untuk memperkesankan penyampaian peranan dan tanggungjawab, fungsi dan untuk memenuhi tanggungjawab dan keperluan badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO);  

Ø       Untuk memastikan dan mengekalkan semua keperluan keselamatan dan sekuriti mempunyai kaitan dengan keselamatan dipatuhi seperti keperluan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO); 

Ø       Untuk memasukkan ciri sekuriti kedalam rekabentuk infrastruktur bagi memastikan sekuriti lapangan terbang dan pelabuhan; 

Ø       Untuk memasang 100% pemeriksaan bagasi (HBS) disatukan dengan sistem pengendalian bagasi moden; 

Ø       Untuk mempertingkatkan sekuriti lapangan terbang dan pelabuhan dengan memenuhi piawaian antarabangsa dan untuk memasang peralatan sekuriti; 

Ø       Untuk mempertingkatkan keselamatan dan perlindungan persekitaran marin; 

Ø       Untuk mempertingkatkan keselamatan pemandu dan kenderaan bagi menarik minat orang awam;  

Ø       Untuk meningkatkan kemudahan kepada penunggang basikal dan pejalan kaki; 

Ø       Untuk mengurangkan karbon dioksida (CO2) yang dikeluarkan oleh kenderaan;  

Ø       Untuk mempertingkatkan peralatan keselamatan, program kesedaran dan piawaian pengangkutan awam;  

Ø       Untuk mempertingkatkan mutu pemanduan dan kualiti pemandu; dan

Ø       Untuk memperkenalkan audit keselamatan jalanraya.



||
Sejarah, Visi & Misi | Tanggungjawab & Fungsi | Carta Organisasi | Jabatan-Jabatan | Mesyuarat Luar Negeri
|
Perkembangan Sumber Tenaga Manusia | Teks Ucapan | Siaran Akhbar | Maklum Balas | Kontak ||
|| BIT Council | AiTi | BICTA ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||