The Government of Brunei Darussalam


BIT Council

Versi Bahasa Inggeris

Sukatan Pencapaian

Strategi utama pelan strategik adalah diukur melalui beberapa sukat-sukat penilaian dan melalui penyampaian grafik.  Sebahagian daripada penunjuk (sukat-sukat) ini sedang dalam proses penyediaan dan disediakan dalam tempoh terdekat.  Bahagian Dasar dan Perancangan akan mengembangkan, mewujudkan, memantau dan menganalisa sukat-sukat ini untuk digunakan bagi melicinkan lagi perlaksanaan pelan ini. 

Strategi Utama 1: Pengkorporatan dan Penswastaan: 

Perlaksanaan Pengkorporatan dan Penswastaan 

Pengukuran perlaksanaannya penswastaan adalah dinilai melalui penyediaan infrastruktur undang-undang, jumlah undang-undang yang digubal, dipersetujui oleh Jawatankuasa Penswastaan Kebangsaan, dihantar kepada Pejabat Peguam Negara dan dikuatkuasakan.  Beberapa penunjuk tambahan terhadap perkhidmatan juga digunakan untuk memantau perlaksanaan pengubahan jabatan-jabatan dibawah Kementerian Perhubungan menjadi badan korporat dan badan berkanun. 

Berikut adalah jadual senarai kedudukan semasa, perlaksanaan dan sasaran 

Sukat-sukat pencapaian pengkorporatan dan penswastaan

Semasa

Sasaran (tambahan sehingga 2010)

Jumlah kertas kerja pengkorporatan yang akan diluluskan oleh Kementerian

-

2

Jumlah kertas kerja pengkorporatan yang akan diluluskan oleh Jabatan Perkembangan Kemajuan Ekonomi

-

3

Jumlah perkhidmatan yang di outsourced

4

5

Jumlah perkhidmatan yang dikomersilkan

21

5

Jumlah perkhidmatan yang diswastakan

4

2

Jumlah perkhidmatan yang difrancais

2

1

 
Strategi Utama 2: Kemudahan dan Penyertaan Sektor Swasta:  

Sumbangan Industri Perhubungan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar  

Angka Tunjuk ekonomi pihak Jabatan Perancangan dan Kemajuan dan Ekonomi (JPKE) adalah digunakan untuk mengklasifikasikan pertambahan peratus sumbangan KDNK daripada industri perhubungan.  Ini akan memberikan gambaran yang lebih realistik untuk mengukur peratus pertambahan KDNK daripada sektor perhubungan kepada peningkatan keseluruhan sektor bukan minyak. 

Pengukuran Pencapaian sumbangan KDNK

Semasa

Sasaran hingga tahun 2024

Sumbangan KDNK daripada sektor perhubungan kepada sektor bukan minyak

3%

10%

  Skim insentif bagi Operasi Perniagaan Perhubungan

Kementerian Perhubungan juga memberikan tumpuan kepada pengenalan dan sokongan melalui berbagai skim insentif atau kemudahan kepada sektor swasta yang beroperasi di Negara Brunei Darussalam.  

Sukatan Pencapaian bagi pemberian Skim Insentif

Semasa

Sasaran (tambahan skim setiap tahun)

Jumlah skim insentif diberikan oleh:

 

 

Jabatan Penerbangan Awam

-

1

Jabatan Pelabuhan

-

1

Jabatan Laut

-

1

Jabatan Pengangkutan Darat

-

1

Jabatan Perkhidmatan Pos

-

1

 

Strategi Utama 3: Perkembangan Infrastruktur  

Pertambahan Penggunaan Sistem Telekomunikasi (Internet, WiFi, GSM, 3G) 

Sukatan pencapaian utama bagi pembangunan infrastruktur adalah melalui peningkatan penggunaan perkhidmatan seperti Internet, WiFi, GSM dan 3G dalam setahun.  

Pengukurannya adalah seperti berikut:  

·         Kadar penggunaan telefon bergerak (GSM dan 3G bagi setiap 100 pengguna); 

·         Kadar penggunaan Internet (narrowband dan jalur lebar) bagi setiap 100 pengguna; dan  

·         Kadar penggunaan narrowband dan jalur lebar bagi setiap 100 pengguna. 

Dalam keadaan dimana perubahan terlalu cepat dalam sektor ini, maka sukatan dan sasaran akan disediakan dan disediakan kemudian.  

Pertambahan Penggunaan Pengangkutan Awam, Penumpang Penerbangan, Punggahedar Kargo dan Kontena  

Kementerian Perhubungan akan memantau perbezaan peratus penggunaan pengangkutan awam (teksi dan bas), penumpang penerbangan, pemunggahan kargo dan kontena secara tahunan.  Tiga faktor pencapaian berikut adalah digunakan untuk mengukur kecemerlangan infrastruktur dan perkhidmatan.  Walau bagaimanapun disebabkan oleh keperluan perubahan kadar dan keperluan infrastruktur maka pengukuran dan sasaran akan disediakan kemudian.  

·         Kapasiti            -  ruang infrastruktur yang tersedia dan akan datang  

·         Isipadu              -  kapasiti penggunaan atau ruang  

·         Perkhidmatan    -  maklumbalas pelanggan dan pengguna

 

Daripada graf diatas, menunjukkan bahawa Pusat Kargo LTAB masih mempunyai jumlah ruang yang besar untuk ruang penyimpanan bagi tahun-tahun akan datang.  Pada tahun 2006, ia cuma menggunakan sebanyak 44.7% ruang muatan yang disediakan dimana adalah dianggarkan bahawa hanya 49.37% akan digunakan pada tahun 2011.  

Daripada graf disebelah, juga menunjukkan bahawa kontena di Pelabuhan Muara mempunyai ruang yang mencukupi yang boleh digunakan untuk tahun-tahun akan datang.  Pada tahun 2006, ia hanya digunakan sebanyak 46.16% daripada keupayaan ini menunjukkan anggaran bahawa hanya 73.21% akan digunakan pada tahun 2011. 

Daripada graf dibawah, menunjukkan bahawa keupayaan terminal LTAB masih mempunyai ruang yang mencukupi untuk beroperasi atau transit diruang terminal.  Pada tahun 2006 hanya 93.3% muatan yang digunakan.  Penambahan ruang terminal masih perlu dibuat dalam tahun-tahun mendatang.  

 

Strategi Utama 4: Peningkatan Operasi  

Memenuhi Piawaian Pensijilan Antarabangsa  

Adalah sangat mustahak untuk memastikan agensi-agensi dibawah Kementerian Perhubungan untuk memenuhi akreditasi antarabangsa dan piawaian pensijilan antarabangsa seperti ISO. 

Maklum balas pelanggan  

Kementerian Perhubungan akan sentiasa membuat kajiselidik melalui para pelanggan utamanya (stakeholders) bagi memenuhi kemahuan, citarasa, perhatian dan penilaian mereka terhadap pemberian perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Perhubungan.  Penilaian ini akan dibuat berdasarkan kajiselidik berkenaan.  

Penunjuk Aktiviti Hub  

Untuk menilai aktiviti-aktiviti hub kementerian menggunakan tiga pendekatan iaitu:  

·         Punggahedar kargo (Cargo Transshipment) - jumlah kargo yang dipunggahedar melalui udara, laut dan darat;  

·         Pergerakan manusia melalui Negara Brunei Darussalam - jumlah orang datang, transit dan tinggal di Negara Brunei Darussalam melalui udara, laut dan darat; dan 

·         Pergerakan kenderaan melalui Negara Brunei Darussalam - jumlah kenderaan yang datang, transit dan tinggal di Negara Brunei Darussalam melalui udara, laut dan darat.  

 

 

Strategi Utama 5: Kepakaran, Pembangunan dan Latihan:  

Kepakaran, Pembangunan dan Latihan  

Kementerian Perhubungan akan memantau perlaksanaan perkembangan latihan kepakaran.  Dalam memenuhi kehendak surat keliling JPM bagi sistem latihan 100 jam setahun maka Kementerian Perhubungan akan memastikan semua pegawai dan kakitangannya akan mengikuti latihan yang berterusan. 

Penunjuk pencapaian Perkembangan Kelayakan dan Latihan

Sasaran pada 2010

Peratus Pencapaian latihan 100 jam setiap tahun

100%

   

Strategi Utama 6: Sekuriti, Keselamatan dan Kebersihan Persekitaran:  

Mengurangkan Kemalangan Jalanraya dan Maritim  

Melalui pendekatan bersepadu dalam pengurusan keselamatan di jalanraya dan di perairan maritim, kejadian kemalangan mesti dikurangkan.  Sasaran adalah untuk secara drastik mengurangkan kemalangan yang mengakibatkan kematian.



||
Sejarah, Visi & Misi | Tanggungjawab & Fungsi | Carta Organisasi | Jabatan-Jabatan | Mesyuarat Luar Negeri
|
Perkembangan Sumber Tenaga Manusia | Teks Ucapan | Siaran Akhbar | Maklum Balas | Kontak ||
|| BIT Council | AiTi | BICTA ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||